Friday, 27 July 2018

Durian Anak Kunyit...

Bercakap pasal durian.  Raja segala buah.  Tidak ramai yang tidak suka dengan buah kulitnya berduri.  Baunya memang menikam, rasanya menusuk kalbu.


Usai ziarah para-para arwah di dua rumah abadi. Dalam perjalanan pulang kami ikut jalan dalam untuk kesibukan kenderaan mundar mandir di atas jalanraya.

Di tepi-tepi jalan terdapat gerai-gerai durian, jagung, manggis dan lain-lainya. Rasa berselera nak jamah durian lantas kami berhenti di satu gerai yang bukan sahaja ada durian. Buah mangga, manggis, pisang ada terjual.


Buahan yang ada di gerai ini seolah memanggil kami untuk memiliki mereka. Buah durian memang nampak enak.  Tidak tunggu lama kami beli beberapa biji durian serta dua sisir pisang jelai kampung.


Dalam mobil kami dah berkira nak makan pulut durian.  Kami singgah di kedai runcit untuk membeli beras pulut, kelapa utk diperah santan dan gula melaka.


Sebaik sampai rumah kami debgan terujanya masak pulut, perah santan, racik gula melaka dan kopek buah durian.


Terhidang pulut durian yang sangat lama kami tidak makan.  Tiada perancangan, rezeki kami pada hari itu untuk makan pulut durian.  Makan dengan tangan lagi mengancam.  Puas hati.


Alhamdulillah. 

Tuesday, 24 July 2018

Selamat Pulang Sahabat...

Terkejut.  Sangat-sangat terkejut. 

Perkhabaran daripada sahabat mukabuku meng iyakan pemergian abadi sahabat ku nan seorang ini. Sukar hendak percaya pada mulanya.


Awal hari masuk ofis macam biasa.  Menjelang tengahari beliau sudah tiada. Menghembuskan nafas terakhir di Wad Kecemasan.

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun. 


Damailah di Sana.  Persinggahan terakhir untuk semua yang bernyawa. 

Memori bersama sewaktu kembara kita, satu persatu muncul di minda. Kenangan terindah. 

Saturday, 21 July 2018

Membingka...

Memenuhi tempahan untuk majlis ReU.  Pelanggan mahukan bingkannya dipotong siap.  Ini untuk menyenangkan tetamu menikmatinya. 


Bingka Cheese adalah antara 'dessert' yang ramai penggemar.  Tidak hairan kalau sahabat-sahabat akan 'repeat order' bila ada majlis makan-makan.


Keenakannya dengan gabungan cream cheese.  Diadun dengan kasih sayang hasil rasa menakjubkan. Sepotong disuap ke mulut berasa tidak puas lalu diambil beberapa hiris lagi. Kuihnya persis cair di mulut.  Begitulah reaksi penggemar Bingka Cheese. 

Alhamdulillah. 


Monday, 16 July 2018

Lopat Tikam...

Kuih Lopat Tikam sejenis pemanis mulut yang popular di Pantai Timor, Malaysia. Saya menyediakan kuih Lopat Tikam versi Kelantan. 

Lapisan Pandan

Kepala Santan

Pembuatannya sedikit renyah.  Bila semua sudah siap hati berbunga-bunga bukan kepalang. Ada empat bahagian yang perlu dimasak. Lapisan pandan, kepala santan, pulut dan air gula melaka(air nise). 

Pulut

Air Gula Melaka

Saya berkesempatan menyediakan kuih ini pada hari terakhir bulan Syawal. Majlis diadakan meraikan Aidil Fitri yang sudah sampai penghujungnya, bertempat di Rumah Anak Yatim di Pasir Pekan.

Set kuih Lopat Tikam

Kuih tradisi yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.   

Saturday, 28 April 2018

Selamat datang Youth...

Dalam dok sibuk dengan tempahan  sempat hadirkn diri ke Youth Experience Party. 


Event ini berkisar kepada penerangan skincare YOUTH yang baru dilancarkan oleh Shaklee.

Informasi dan demo cara pemakaian diadakan. Ada di kalangan kami yang sudah pun menggunakan skincare ini.  Mereka berpuas hati dengan hasil yang dialami sepanjang pemakaian. 


Tuan-tuan dan puan-puan boleh cuba YOUTH dan alamilah pengalaman yang wow.



Tidak terlambat untuk mencuba dan diri akan rasa lebih dihargai.  Melangkah dengan penuh keyakinan. 

Saturday, 21 April 2018

Kuaci Cornflakes...

Nampak sedap sangat.  Belek-belek resepi tak susah mana buatnya.

Bahan-bahan semua ada.  Tinggal lagi nak sukat bahan-bahan dan adun sahaja.  Selesai semuanya doh dimasukkan dalam chiller. 


Ingat ke nak rehatkan doh tuh sekejap sahaja.  Alih-alih bekalan air tkde plak.  Nampak gaya kena sambung aktiviti canai dan cetak esok hari.



Usai sahaja rutin harian, aktiviti semalam yang tertangguh diteruskan.  Canai dan cetak letak atas tray masuk dalam oven.


Hampir 2 jam setengah berlangsung maka siap semuanya.  Nama diberi biskut kuaci cornflakes.  Ini bukan biskut raya.

Biasanya dibuat untuk makan-makan pada bulan puasa.  Masa makan terhad.  Rutin Ramadan lepas berbuka buat sunat terawih. 

Balik rumah haus dan lapar makanan ringan.  Jadinya siapkan minuman dan hidangkan sedikit biskut yang disiapkan terlebih awal.  Nak sediakan makanan berat dah lewat dan mengantuk.  Lagipun sahur menjengah tak beberapa jam sahaja lagi.  


Wednesday, 18 April 2018

Menunggu...

Urusan hanya satu namun nak kena menunggu sikit punya lama.  Jenuh sungguh tapi kna tunggu juga.  Kalau tidak terbengkalai kerja.  

Membawang pun tertinggal train.

Sementara menunggu sempat melilau. Masuk keluar kedai itu ini. 


Langsung masuk cafe Muhibah. Alas perut dengan smootie dan cranbery cheese cake. 
Lepas makan rasa nyesal.  Makan bukan-bukan.  Anggaplah hari ini 'cheat day'.