Friday, 27 July 2018

Durian Anak Kunyit...

Bercakap pasal durian.  Raja segala buah.  Tidak ramai yang tidak suka dengan buah kulitnya berduri.  Baunya memang menikam, rasanya menusuk kalbu.


Usai ziarah para-para arwah di dua rumah abadi. Dalam perjalanan pulang kami ikut jalan dalam untuk kesibukan kenderaan mundar mandir di atas jalanraya.

Di tepi-tepi jalan terdapat gerai-gerai durian, jagung, manggis dan lain-lainya. Rasa berselera nak jamah durian lantas kami berhenti di satu gerai yang bukan sahaja ada durian. Buah mangga, manggis, pisang ada terjual.


Buahan yang ada di gerai ini seolah memanggil kami untuk memiliki mereka. Buah durian memang nampak enak.  Tidak tunggu lama kami beli beberapa biji durian serta dua sisir pisang jelai kampung.


Dalam mobil kami dah berkira nak makan pulut durian.  Kami singgah di kedai runcit untuk membeli beras pulut, kelapa utk diperah santan dan gula melaka.


Sebaik sampai rumah kami debgan terujanya masak pulut, perah santan, racik gula melaka dan kopek buah durian.


Terhidang pulut durian yang sangat lama kami tidak makan.  Tiada perancangan, rezeki kami pada hari itu untuk makan pulut durian.  Makan dengan tangan lagi mengancam.  Puas hati.


Alhamdulillah. 

Tuesday, 24 July 2018

Selamat Pulang Sahabat...

Terkejut.  Sangat-sangat terkejut. 

Perkhabaran daripada sahabat mukabuku meng iyakan pemergian abadi sahabat ku nan seorang ini. Sukar hendak percaya pada mulanya.


Awal hari masuk ofis macam biasa.  Menjelang tengahari beliau sudah tiada. Menghembuskan nafas terakhir di Wad Kecemasan.

Innalillahi wainna ilaihi rojiuun. 


Damailah di Sana.  Persinggahan terakhir untuk semua yang bernyawa. 

Memori bersama sewaktu kembara kita, satu persatu muncul di minda. Kenangan terindah. 

Saturday, 21 July 2018

Membingka...

Memenuhi tempahan untuk majlis ReU.  Pelanggan mahukan bingkannya dipotong siap.  Ini untuk menyenangkan tetamu menikmatinya. 


Bingka Cheese adalah antara 'dessert' yang ramai penggemar.  Tidak hairan kalau sahabat-sahabat akan 'repeat order' bila ada majlis makan-makan.


Keenakannya dengan gabungan cream cheese.  Diadun dengan kasih sayang hasil rasa menakjubkan. Sepotong disuap ke mulut berasa tidak puas lalu diambil beberapa hiris lagi. Kuihnya persis cair di mulut.  Begitulah reaksi penggemar Bingka Cheese. 

Alhamdulillah. 


Monday, 16 July 2018

Lopat Tikam...

Kuih Lopat Tikam sejenis pemanis mulut yang popular di Pantai Timor, Malaysia. Saya menyediakan kuih Lopat Tikam versi Kelantan. 

Lapisan Pandan

Kepala Santan

Pembuatannya sedikit renyah.  Bila semua sudah siap hati berbunga-bunga bukan kepalang. Ada empat bahagian yang perlu dimasak. Lapisan pandan, kepala santan, pulut dan air gula melaka(air nise). 

Pulut

Air Gula Melaka

Saya berkesempatan menyediakan kuih ini pada hari terakhir bulan Syawal. Majlis diadakan meraikan Aidil Fitri yang sudah sampai penghujungnya, bertempat di Rumah Anak Yatim di Pasir Pekan.

Set kuih Lopat Tikam

Kuih tradisi yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.