Perjumpaan dengan rakan-rakan sekuliah lebih 3 abad dahulu yang dirancang secara santai.
Kek hasil air tangan
sahabat kami
Walaupun tidak semua berpeluang hadir, ada di antara kami bertugas di luar negara. Yang bekerja di dalam negara tidak berkesempatan menyerah borang cuti. Ada yang tidak hadir kerana melancong ke luar negara.
Ubi rebus cicah
sambal hitam
Majlis berlangsung meriah walaupun batch kami tak ramai.
Bila dah berjumpa maka suasananya gegak gempita, walhal ia bukan pertama kali dianjurkan.
Macam-macam nak dibualkan. Sambil bertanya khabar sambil mulut mengunyah. Makanan sedap-sedap belaka.
Suka-suka jer
Sebahagian kami
Awet muda belaka
Pelbagai makanan disediakan. Ada yang dibawa oleh kami selebihnya disediakan oleh pihak pengurusan.
Pengurusan yang
sediakan
Kami bawa
Akok, Jala Mas
Buah Tanjung
Biskut Raya
Karamel
Cheese Cake
Kemuncaknya majlis tukar-tukar hadiah. Tidak kira berapa nilai hadiah yang penting ingatan tulus ikhlas dari pemberi dan juga penerima.
Thank you sahabat
Ole-ole dari Yangoon
Harta rampasan dari
dalam dan luar negara
Harta rampasan
cabutan bertuah
Ada umur ada rezeki ketemu lagi. In shaa Allah.
Di akhir pertemuan
Sebelum berpisah
destinasi
Sahabat-sahabat sekuliah yang saling memahami antara satu sama lain.