Thursday, 1 March 2018

Sarapan apa tuuu?...

Alhamdulillah.

Syukur ke hadratNYA.  Masih diberi peluang bernafas menghirup udara pagi nan nyaman dan segar.

Indahnya.

Bersyukurlah.  Walaupun menjelang tengahari cuacanya membahang namun kita dapat menjalani aktiviti harian dengan aman dan harmoni.

Pagi-pagi gini ku belek pokok-pokok daun dan bunga.  Siram dan cakap-cakap sendirian dengan pokok.  Macam terapi juga membelai milik Allah swt ini.

Sambil mengheret wayar air, sambil memikir apa nak makan untuk sarapan.

Mundar mandir sekitar pasu bunga,  tercetus ilham menu sarapan.  


Ringkas dan kenyang. Bijirin oat, air, sedikit mangga, delima, baby anggur hitam dan ESP Shaklee. Kebetulan bahan-bahan dah ada di dapor.

Semua bahan-bahan di masukkan dalam jug dan dikacau sebatikan.


Nikmatnya.  Sesuap, dua suap, tiga suap.  Sedar-sedar habis satu jug mini.   Bbrrrppppp. Kenyang.

Sarapan yang penuh khasiat. Kekal bertenanga menjelang tengahari.


Macam-macam cara boleh di olah menggunakan ESP Shaklee. Terpulang kepada sejauh mana kreatif dan inovasi individu itu melahirkan menu sedap dan berkhasiat

Esok sarapan apa pula?


#esp
#shaklee


No comments:

Post a Comment