Sunday, 18 March 2018

Saham Akhirat...

Sumbangan amat dialu-alukan.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pegawai/Ustazah di nombor-nombor yang tertera.


♥ ♥ ♥



RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA' BAITU RUHANA

Lot 1919, Jalan Rantau Panjang Lama, Kg Kubang Badak, 17000 Pasir Mas, KELANTAN

Bilangan Penghuni: 10 Orang

Nama Akaun RHB: RUMAH KEBAJIKAN ANAK YATIM DAN DHUAFA BAITU RUHANA

Nombor Akaun : 25305200007853

No. Tel: 09-7900277
               (Pejabat)
             
               013-9532592
               (Ustazah Fatahiyah)







Lit lit panas...

Hari minggu.  Sekolah cuti  maka beberapa undangan walimatulurus dan kesyukuran diterima.

Sempat hadir ke majlis pernikahan anak buah kepada sahabat lama.

Alhamdulillah.  Majlis berjalan baik.  Para tetamu datang dan pergi sama-sama meraikan pasangan pengantin.



Sepersalinan songket berwarna kuning.  Warna songket terang seterang cuaca hari berlangsung. Meriah dan ceria mempelai memakai.

Cuaca panas ceng ceng tidak merencatkan majlis.  Sambil makan sambil berpeluh.  Dari jauh dok perhati satu balang air oren berais.

Kala panas gini memang lakulah air yang dibubuh air batu.  Gok gok gok habis satu gelas di minum.

Bila berpanas, muka pun rasa berminyak.  Rasa kurang selesa jangan cakap lah.



Sebelum keluar rumah muka disapu Serum Stella dan Foundation Stella.  Walaupun cuaca panas namun dengan produk Stella, sang muka tidak mengalami kesan minyak dan bertompok-tompok.



Rauk wajah tampak selesa walaupun berada dalam cuaca panas.  


Produk Stella, Serum dan Foundation.


Kukusan kukuse...

Kukusan atau pengukus. Kami panggil kukuse.

Kalau dikira umur dah memang banyak bilangan angkanya. Arwah bonda masih ada kukusan ini dah wujud di rumah.

  
Banyak jasa dia.  Bertahun dok kukus kek buah.  Sampailah sekarang masih utuh dan setia dengan tuan dia.


Tak terhitung berapa banyak kek buah terkukus.  Yang nyata kek buah berbeda resepi dihasilkan. Ada yang sedap.  Ada yang tak kena dengan anak tekak. Resepi yang sekarang memang padu. 

Paling seronok ada yang repeat order.


Hari semalam punya cerita.

Alhamdulillah.

 
Bersyukur ke hadratNYA. Nikmat rezeki sentiasa menjengah.

Tuesday, 13 March 2018

Onde-Onde...

Sekian lama tak merasa.  Hari nih tekak nak makan onde-onde. Kalau bukan bulan Ramadan susah sikit nak dapat.

Nak tak nak kena buat sendiri. Sementelah buatnya tak susah mana.  Janji rajin.

Bahan-bahan yang diperlukan semua ada.  Tepung beras pulut, air daun pandan, gula melaka dan kelapa parut putih.


Potong kecil gula melaka. Tepung beras pulut dibancuh dengan air daun pandan. Tak keras tak lembik adunannya, sedang-sedang sahaja.

Cubit adunan, leperkan dan letak gula melaka.  Bulatkan dan masukkan dalam air yang dididihkan terlebih dahulu. Bila kuih timbul angkat golekkan dengan kelapa parut.  Siap.

Mudahkan.

Daun pandan saya blen campur sedikit air.  Ditapis terlebih dahulu, saya bubuh dalam plastik dan letak dalam freezer. Bila ada keperluan ambil jer yang dah siap diblen.  Jimat masa.

Sebelum diblen daun pandan saya pastikan ia bebas dari kotoran.  Apa yang saya lakukan adalah dengan rendam daun pandan dengan setitis dua Basic H2 Shaklee untuk seketika.


Basic H2 Shaklee adalah sejenis produk yang dipanggil produk serba guna.  Ia boleh digunakan pelbagai cara. Samaada kegunaan di dapur, bilik air, mop lantai, cuci kereta, merendam buahan sayuran dan pelbagai kegunaan lain.

Produk ini tidak bertoksik, semulajadi dan mempunyai kepekatan berganda.

Pembuatan Basic H2 Shaklee ini adalah daripada sisa ataupun lebihan penghasilan supplemen-supplemen Shaklee yang ada di pasaran.  Jadi penggunaannya adalah selamat tidak memudaratkan.


Tidak rugi malah disyorkan untuk menyimpan sebotol dua Basic H2 Shaklee di rumah. Kita akan rasa selamat bila menggunakan Basic H2O Shaklee.  

Bahan-bahan yang terdapat dalam Basic H2 Shaklee tidak merbahaya samaada untuk orang dewasa atau kanak-kanak.


#basich2
#shaklee


Wednesday, 7 March 2018

Doa ibu...


Sumber : Ustaz Hasnan Fan Club


KERAMATNYA DOA IBU!

1.Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya. Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya.

Seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh. Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan. Imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang.

 2. Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah. Anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah. Ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi. Bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja. Doa ibu sangat penting.


Kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap anaknya.

3. Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu. Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata-kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya.

Keberkatan hidup, keredhaan hidup anaknya. Kehilangan seluruh hidupnya, anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari mulut ibunya. Jangan berkata begitu kerana susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya.


 4. Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap anaknya. Denyutan jantung anak terasa jentung dirinya. Anak adalah pesaka bila ibu dan ayah dah mati. Bila anak anak adam mati terputus segala amalan anak adam  kecuali tiga perkara dan antaranya doa anak yang soleh.

Bila ibu doakan perkara yang tak baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya. Bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan. Contohnya ketika marah kita doakan anak kita sakit  kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit. Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik.

5. Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita. Kucuplah dahinya. Peluklah ibu. Saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya.

Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih. Sungguh besar jasa ibu.

6. Uwisah Al Qarni bukanlah sahabat nabi tetapi hidupnya sangat berkat kerana  besar jasanya sehingga sanggup mendukung ibunya menunaikan haji. Lihatlah contoh kisah Juraish yang sibuk beribadat sehingga tidak mempedulikan ibunya sehingga ibunya berdoa semoga Juraish ditimpa ujian. Akhirnya juraish menerima akibatnya.

Doa ibu sangat berkat dan afdal. Kalau ibu berdoa kebaikan hidup anaknya maka insyaAllah kebaikan akan tunaikan tetapi kalau seorang ibu berdoa keburukan maka Allah akan tunaikan. Kata ulama janganlah sesekali berdoa keburukan buat anaknya kerana akan merosakan seluru hidup.

7. Soalan Ada orang kata baik anak mati dulu dari ibu kerana ibunya boleh doakannya. Jawapan hidup mati ini hak dan milik  Allah. Takdir Allah kita tak tahu. Ada ibu dah pergi anak masih hidup manakala ada anak masih hidup ibu sudah mati. Kata ustaz yang paling penting ialah doa anak yang soleh sangat diperlukan bila kita dah mati.


Hidup manusia ini bila dah kehilangan ibunya apabila diragut kematian maka hilanglah  salah sesuatu keberkatan hidup anaknya. Anak dah tak boleh berjasa dalam hidupnya. Ibu dah tak boleh mendoakan keberkatan buat anaknya.

 8. Soalan bila terlalu marah akan keluar perkataan yang tak baik dari ibu terhadap anaknya. Contohnya  keluarkan perkataan membodohkan anaknya. Bila ibu kata bodoh  tak berguna terhadap anak akan bodoh sehingga akhir hayatnya.

Akibatnya bila kita tua Allah bayar tunai, anaknya tak akan mempedulikan ibunya kerana anaknya bodoh dan tidak berguna. Kedua dua anak beranak akan merana akibat kata kata ibu yang tak menahan sabar.  Nabi  ada bersabda jangan berdoa buruk terhadap anak dan keluarga kita.

 9. Kalau kita marah sekalipun ingatlah marah itu dari syaitan. Kalau ibu marah sekali pun tolonglah doakan kebaikan buat anaknya. Doa ibu adalah pintu segalanya buat anaknya.  
   
Wallahualam.

                        * * * * *

Al-Fatihah :

Bonda Aminah Harun
Ayahanda Jalaluddin Mat Zin
Kanda Ibrahim Jalaluddin

Semoga para-para Arwah bergembira di Taman Syurga Firdausi.   Aamiin.

Sunday, 4 March 2018

Seri Sihat Anggun...

Bebelan pasal Vivix Shaklee belum habis lagi.  

Rasa puas campur teruja bila end result memberi impak positif.


Sendiri makan sendiri rasa perubahan.

Testimoni-testimoni ini adalah bukti nyata pengambilan Vivix Shaklee mampu mengubah tahap kesihatan dan penampilan.


Usia 57 tahun. Alhamdulillah dengan izin Allah swt, masih sihat cergas. Pengambilan Vivix secara konsisten mampu memberi perubahan kepada kulit muka dan kesihatan  total.


Saudara kami mengalami masaalah jangkitan kuman di betis.

Pengambilan Vivix Shaklee satu sudu besar setiap hari. Sapuannya krim Herbal Blend Shaklee 3-4 kali sehari secara teratur.  

Perubahan ketara. Alhamdulillah dengan izinNYA.

Jadi dengan bukti bergambar boleh dirumuskan produk-produk Shaklee berkesan dengan pengambilan yang berdisplin.


Tanpa ragu-ragu semua orang boleh mencuba produk Shaklee.  Saya dengan ikhlas hati menjemput sahabat-sahabat semua memiliki Vivix Shaklee.  Rasailah dan laluilah pengalaman menakjubkan dengan Vivix Shaklee.

Jom minum Vivix Shaklee.


#vivix
#shaklee


Kerana diri mu amat berharga...

Panas membahang di tempat kami.  Belum sempat habis siram pokok bunga dan buang rumput dalam pasu, matahari dah tegak atas kepala.

Sejak umur meningkat macam tak sesuai  nak lenjan lama-lama dalam cuaca panas gini.

Bila usia masuk lima series banyak lah yang kena jaga. Pemakanan, kesihatan antara lainnya.  Cara pemakaian pun kena upgrade. Sesuai dengan umur dan majlis.

Alhamdulillah masih boleh fokus memandu.  Allah swt permudahkan bila berada dalam situasi begini.  In shaa Allah.

Sesudu Vivix Shaklee setiap pagi. Amalan yang dilakukan sejak setahun lalu. Boleh rasa ada perubahan pada diri.

Vivix Shaklee merupakan produk Shaklee yang paling laris antara produk-produk lain. Bahasa pasarnya produk laku keras.


Walaupun dari segi harganya sedikit tinggi namun konsumer meletakkan produk ini di tempat paling atas.  

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Vivix Shaklee memberi kesan positif kepada pengguna.


Tidak hairanlah produk ini laris dan menjadi pilihan utama konsumer.

Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum adalah bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan Vivix Shaklee.

Bahan-bahan semulajadi dan bersifat organik dipilih menghasilkan supplemen Shaklee.

Ramuan dalam Vivix telah menunjukkan ia memberi impak terbaik antaranya kepada:

Melindungi dan membaiki sellular DNA.

Memelihara kesihatan jantung.
Memelihara kesihatan otak.
Memelihara sistem imun.
Memelihara kesihatan sendi.
Memelihara keremajaan kulit.
Perlindungan antioksidan.
Peningkatan tenaga.

Pendek kata Vivix Shaklee memelihara kesejahteraan kesihatan  secara umumnya.

Tidak rugi untuk mengamalkan supplemen ini.  Sudah terbukti impak dari pengambilan Vivix Shaklee mampu mengubah rutin kehidupan dari tidak bermaya, lemah, kusam kepada ceria, cergas bertenaga dan terasa diri ini muda kembali.


Tak sabar rasanya nak lihat perubahan diri anda semua dengan pengambilan Vivix Shaklee.

Jom pinang Vivix Shaklee dengan saya laju-laju. Jangan bertangguh-tangguh.  Rugi.

Kerana diri mu amat berharga.


#vivix
#shaklee 


Friday, 2 March 2018

Tunggu masa...

Sayangnya pokok kari di tepi rumah. Macam nak pergi dah sambut panggilan illahi.

Daun yang kecil dan jarang-jarang antara helaian daun. Kaler daun pun tak hijau bersinar.  Pucat lesu.

Dahulunya pokok kari nih berdaun lebat dan segar.  Sudah sampai masa dia.

Pokok ciku dulu pun gini juga. Sempat berbuah 2 atau 3 kali. Lepas tuh pokok jadi kering dengan sendirinya.

Biarlah.

Mujur kari ada tanam dalam pasu.  Boleh lah merasa dari takde langsung.

Nampak sipi-sipi daun kari.  Lebat juga walaupun dalam pasu

Banyak daun gugur

DIA dengar DIA Jawab...

Niat mesti ikhlas.

Apa yang kita buat yang paling utama dicari adalah keberkatan.

Macam mana nak berkat satu-satu kerja yang dibuat?  Ia berbalik kepada niat dan keikhlasan.

Kalau difikir balik macam tak percaya. 

Kenapa tak percaya?

Usai solat saya mengadu dengan Allah swt pasal mou.

Sikap mou semenjak dua nih pelik.  Mou nih macam-macam.

Saya musykil lantas bertanya Allah swt kenapa mou menjauhkan diri.  Telefon off. Blok wasap. Nih macam nak 'cerai hidup'.

Sebelum tidor layan mata dulu. Ronda-ronda fb.  Scroll punya scroll terpacul gambar dia suruh 'add friend'.  Terkejut miow saya.  Wahhhh! Fb baru jer created.  Kawan-kawan ada belas-belas ketul.


Moralnya di sini jangan nayakan orang.  Doa orang-orang teraniaya tiada hijab di sisi Allah swt. Makbul serta merta.

Mcm kes ini, ditunjuk terus apa aktiviti mou setelah wasap kena blok.


Awas.  Berbohong adalah amalan syaitan nirrojim.  Ingat tuh!

I selamatkan nyawa you.

So jangan jadi kacang lupakan kulit.

Moga baik-baik sahaja hingga hujung nyawa. Aamiin.




Cerita hanya rekaan semata.
Tiada kena mengena dengan 
yang hidup atau mati.

Thursday, 1 March 2018

Sarapan apa tuuu?...

Alhamdulillah.

Syukur ke hadratNYA.  Masih diberi peluang bernafas menghirup udara pagi nan nyaman dan segar.

Indahnya.

Bersyukurlah.  Walaupun menjelang tengahari cuacanya membahang namun kita dapat menjalani aktiviti harian dengan aman dan harmoni.

Pagi-pagi gini ku belek pokok-pokok daun dan bunga.  Siram dan cakap-cakap sendirian dengan pokok.  Macam terapi juga membelai milik Allah swt ini.

Sambil mengheret wayar air, sambil memikir apa nak makan untuk sarapan.

Mundar mandir sekitar pasu bunga,  tercetus ilham menu sarapan.  


Ringkas dan kenyang. Bijirin oat, air, sedikit mangga, delima, baby anggur hitam dan ESP Shaklee. Kebetulan bahan-bahan dah ada di dapor.

Semua bahan-bahan di masukkan dalam jug dan dikacau sebatikan.


Nikmatnya.  Sesuap, dua suap, tiga suap.  Sedar-sedar habis satu jug mini.   Bbrrrppppp. Kenyang.

Sarapan yang penuh khasiat. Kekal bertenanga menjelang tengahari.


Macam-macam cara boleh di olah menggunakan ESP Shaklee. Terpulang kepada sejauh mana kreatif dan inovasi individu itu melahirkan menu sedap dan berkhasiat

Esok sarapan apa pula?


#esp
#shaklee