Saturday, 2 January 2016

Majlis keraian...

Sempena cuti tahun baru sementelah jatuh hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari maka ramai ummah yang mengadakan majlis.  Samaada majlis tahlil, sambutan maulid nabi ataupun majlis aqiqah juga nikah kahwin.  

Saya berkesempatan ke majlis-majlis ini. Paginya majlis di rumah bapa sepupu tengahari pula ke majlis di rumah saudara sepupu.

Masa kenduri kendara beginilah dapat berjumpa dengan sanak saudara sahabat handai yang mungkin lama tidak ketemu.

Santai sambil berpelikat 
jamu selera di atas "geghe"

Biasalah bila ada majlis tidak sah rasanya tidak bawa buah tangan.

Jadi saya hadiahkan kuih muih untuk dijamu para tetamu.  Saya sediakan kuih lopat tikam dan muffin vanilla.

Lopat tikam
Sirap manisan pelengkap
lopat tikam tiada dalam gambar.
Masih atas dapur belum masak
sepenuhnya.

Muffin vanilla

Seronok jumpa saudara mara dan kenalan taulan sambil bersalam bertanya khabar masing-masing. Bila hendak pulang bersalam sambil mohon maaf.  Mana tahu itu adalah perjumpaan terakhir.  Kita tidak dapat jangka.


http://rj2in1ssquare.firstdealsglobal.com/


No comments:

Post a Comment