Monday, 11 January 2016

Promosi...



Minuman milky green tea dan kek chezzy gula apong memang sedap.  Percaya lah.

Khusus untuk warga Miri Sarawak dan sewaktu dengannya kalau teringin mencuba sila hubungi Peng Pipie's Homemade.  Terjah FB PPH.

DIA tahu...


Banyak yang terbuku, yang tersarang. Namun ku diam.

DIA tahu.

Thursday, 7 January 2016

Mendua syirik?...

Susah hendak percaya.  Apa yang diberitahu kebanyakan benar belaka. Walaupun antara saya dan dia tempat pemastaitinnya sangat jauh.  Saya tidak pernah umur pergi ke tempat tinggal dia. Makan belanja yang amat banyak.

Dengan berbekalkan sedikit sebanyak informasi beliau memuntahkan segala maklumat.  Terkedu saya baca.  Dia pakar membaca.

Antara percaya dengan tidak percaya.

Saya masih waras.  Masih sedar dan tahu ke mana saya.  Apa-apa yang dicakapkan itu jadikan ia sebagai ilmu pengetahuan. Tidak boleh ambik serius walaupun kebenaran terserlah.


Tuesday, 5 January 2016

Kenyang...


Menyelerakan sungguh.  Lauk pauk segar belaka.  Makan ramai-ramai pastinya bertambah.  Sapa-sapa lalu lalang tak peduli sudah.  Makanan ini lebih menggamit.

Http//rj2in1ssquare.firstdealsglobal.com

Saturday, 2 January 2016

Majlis keraian...

Sempena cuti tahun baru sementelah jatuh hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari maka ramai ummah yang mengadakan majlis.  Samaada majlis tahlil, sambutan maulid nabi ataupun majlis aqiqah juga nikah kahwin.  

Saya berkesempatan ke majlis-majlis ini. Paginya majlis di rumah bapa sepupu tengahari pula ke majlis di rumah saudara sepupu.

Masa kenduri kendara beginilah dapat berjumpa dengan sanak saudara sahabat handai yang mungkin lama tidak ketemu.

Santai sambil berpelikat 
jamu selera di atas "geghe"

Biasalah bila ada majlis tidak sah rasanya tidak bawa buah tangan.

Jadi saya hadiahkan kuih muih untuk dijamu para tetamu.  Saya sediakan kuih lopat tikam dan muffin vanilla.

Lopat tikam
Sirap manisan pelengkap
lopat tikam tiada dalam gambar.
Masih atas dapur belum masak
sepenuhnya.

Muffin vanilla

Seronok jumpa saudara mara dan kenalan taulan sambil bersalam bertanya khabar masing-masing. Bila hendak pulang bersalam sambil mohon maaf.  Mana tahu itu adalah perjumpaan terakhir.  Kita tidak dapat jangka.


http://rj2in1ssquare.firstdealsglobal.com/


2016..


2016 akan ada sinar, ceria mendatangi menutupi kelam gundah 2015. In shaa Allah.


Kebakaran hotel di Dubai menjelang tahun baru sedikit terkesan.  Namun acara sambutan tetap diteruskan di jajahan taluk UAE ini.