Saturday, 8 February 2014

mee kuah hidang...

Serius mee kuah ini sedap.  Lokasinya di jalan telipot berdekatan dengan Sekolah Zainab.  Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari pukul 5 petang hingga tengah malam.

Sesiapa yang ingin merasai kesedapan mee kuah ini silalah ke restoran Ilham. Sekiranya tempahan melebihi 2 orang maka hidangan mee kuah akan di hidang di dalam kuali.







www.facebook.com/indahserunding

choc. brownies...

Malas nak cakap apa, brownies ini sedap.   Kalau sudah ada bahan-bahan dan sedikit kerajinan memang tidak menyesal mencuba.  Pendek kata boleh berbisnes senang-senang sahaja.




www.facebook.com/indahserunding

nikah kahwin...

Majlis pernikahan dan persandingan berlangsung minggu lepas tapi kini baru berkesempatan untuk gebang-gebang sambil belek foto-foto tersebut.

Yang nikahnya anak kepada bapa sepupu saya, makna kata anak beliau dengan saya pertaliannya dua pupu.  Majlis berlangsung di Laman Kayangan seksyen 7 Shah Alam.

Saya dengan adik daripada kampung naik Airasia pada pagi hari majlis dan tiba di dewan di kala mereka sedang menjamu tetamu pada tengaharinya.



Foto-foto di sekitar majlis persandingan.

Setelah majlis hampir selesai kami memohon untuk beredar dan setelah menziarahi abang di Desa Pasifik pada malamnya kami berlepas pulang dengan menaiki pesawat Firefly.


www.facebook.com/indahserunding