Tuesday, 31 December 2013

dua ribu empat belas...


Mencabar dan tertekan.  Marhein ini  terkesan dengan impak yang kena hadapi.


2014 tidak menjanjikan cahaya di jalanan jalur kehidupan.  Untunglah bagi yang mempunyai kekuasaan serta kekayaan.  Tempiasnya mungkin tidak terasa langsung atau kalau rasapun hanya sipi-sipi sahaja.



Wednesday, 25 December 2013

selamat hari natal...


Selamat manyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama kristian di mana sahaja berada.   Keceriaan dan kemeriahan sambutan diraikan bersama orang-orang tersayang menjadi kenangan terindah.

sambutan christmas di beirut...

serba sedikit juadah untuk menyambut perayaan...




Monday, 23 December 2013

walimatulurus...


Musim cuti sekolah ramailah yang adakan majlis perkahwinan.  Saya tidak ketinggalan mendapat undangan untuk hadir  ke majlis serupa di pinggir kota.

 sebahagian daripada cenderahati 'siso' untuk jemputan...

 sebelum majlis bermula...

Lebih kurang pukul 10 pagi diadakan majlis akad nikah pasangan diikuti dengan majlis bersanding pada tengaharinya.
 butter cake untuk jamu tetamu dan 'jong' dapur...

hantaran daripada pihak perempuan

hantaran daripada pihak lelaki...

Meriah juga majlis yang diadakan sementelah ini adalah kali pertama ibubapa belah perempuan mendapat menantu.  Pada hemat saya ia berjalan lancar dengan cuaca yang baik pada hari itu.

 pelamin pasangan pengantin...

 'ice cube' dihantar pada pagi tersebut...

bilik pengantin...

para tetamu meraikan majlis...

set-set 'jong kako' saling membantu...majlis diadakan secara
gotong royong mengeratkan tali silaturahim...

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Puan Fatin dan suami.  Semoga pernikahan ini membawa kebahagiaan hingga Jannah, amin.  Kepada ibubapa Puan Fatin saya ucapkan tahniah.

Wednesday, 18 December 2013

lima puluh dua...

Alhamdulillah,  sujud syukur ke hadratNYA kerana masih berpeluang  bernafas hari ini.  Syukur ke atas segala nikmatNYA yang terlimpah ke atas hamba mu yang sangat kerdil di dunia nan fana ini.

Ya Allah ampunkan segala kekhilafan ku ya Allah.

gambar hiasan...

Aku memohon kepadaMu ya Allah diri ini dikurniakan nikmat rezeki kesejahteraan kesihatan berpanjangan untuk berterusan bercinta denganMu...limpahan rezeki yang halal lagi diberkati, kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pimpinlah aku ke jalan yang benar dan diredhai.  Amin.

Hari ini saya mengingati hari lahir.

www.facebook.com/indahserunding

Monday, 16 December 2013

inner magic...


Inner tudung ini dipanggil 'inner magic'.   Di panggilnya sebegitu kerana ia seakan ada 'magis'nya.  Seseorang wanita yang mempunyai rupa bentuk muka yang bulat apabila memakai 'inner magic' ini mukanya boleh kelihatan bujur.   Apabila 'inner' ini digayakan dengan tudung syria atau shawl  maka kecantikan dan keyakinan diri si pemakai terserlah.

gambar hiasan...


'Inner magic' seperti digelarkan didatangkan dalam aneka warna, dibuat daripada kain kapas yang 'memberi'(stretchable).  Ia tidak melekap di dahi juga kiri kanan telinga tidak sakit kerana tidak mencengkam. Amat senang dan selesa dipakai di mana sahaja. 


Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan 'inner' ini, sila terjah www.facebook.com/indahserunding.  Adik kakak pasti tidak sabar untuk memilikinya.



Friday, 13 December 2013

cream puff...


Sadisnya anak itu 'bunuh diri', tapi bunuh diri ke?  Macam ada 'bau ikan hanyir' di situ.  Foto-foto yang dipertontonkan seolah-olah misteri.   Macam mana  ibubapa arwah menghadapi berita tragik ini, semoga mereka tabah. Al-Fatihah untuk arwah, salam takziah buat ibubapanya.

Baiklah,  'life has to go on'.  Hari ini saya hendak kongsikan resepi cream puff.

Bahan-bahannya:

100ml air
45gm butter
60gm tepung gandum
2 biji telor

belum dipipe krimnya...

Cara-caranya:

Telor dipukul sedikit.
Masukkan air dan butter ke dalam periuk.  Masakkan dengan api sederhana.  Kemudian kuatkan sehingga mendidih.  Tutup api.
Masukkan tepung gandum dan kacau cepat-cepat.
Panaskan semula dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.  Padam api.
Biarkan adunan sejuk.  Masukkan telur sedikit demi sedikit, putar hingga sebati.
Masukkan adunan ke dalam piping bag.  Pipe ke atas dulang yang disapu butter. Kalau tiada piping bag boleh guna sudu.
Spray  sedikit air  atas adunan yang telah dipipe tadi supaya tidak hangus.
Bakar di dalam oven suhu 200 darjah celsius yang dipanaskan dahulu.

Gandakan bahan-bahan sekiranya ingin mendapatkan jumlah cream puff yang banyak.


Bahan-bahan inti kastad:

1sb tepung gandum
1sb tepung kastad
3sb gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1sb butter

tadaaaaaaa...sudah siap untuk dingap sayut!,,,

Cara-cara:

Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan gula ke dalam mangkuk.  Masukkan 1-2 sudu besar susu, kacau sebati  supaya tidak berketul.
Masukkan telor dan kacau lagi.
Masukkan susu selebihnya dan kacau.
Masuk dalam periuk dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana.
Masukkan butter, kacau dan tutup api.
Bila sudah sejuk, pipe ke dalam puff. 




Thursday, 12 December 2013

gambar poskad...


Sekali imbas foto-foto ini semacam pemandangan indah yang terakam dari sudut-sudut yang berbeza menggunakan kamera serba canggih.

Namun yang benarnya, foto-foto ini terakam sewaktu banjir yang melanda negeri Pahang tempoh hari.  Ini adalah sebahagian daripada kawasan-kawasan yang dinaiki air.  Dari kacamata saya yang amatur bidang fotografi,  ia nampak berseni.

Jom layan...









Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini.  Terima kasih.

www.facebook.com/indahserunding

bertabah warga pantai timur...


Sudah menjadi kebiasaan, di hujung tahun akan berlaku hujan yang boleh mengakibatkan banjir.  Namun tahun ini kadar berlakunya hujan luar dari kebiasaannya.  Negeri Pahang terutamanya mengalami taburan hujan yang sangat luarbiasa dan negeri Darul Makmur itu sedang mengalami bala banjir yang terburuk setakat ini. Terengganu, Kelantan dan sebahagian Johor juga sedang berlaku banjir.

Foto-foto menceritakan kejadian dan detik-detik cemas mangsa-mangsa banjir yang saat-saat getir.


ada antara mangsa memanjat tangga tangki air untuk
menyelematkan diri...
masjid ini dibina di kawasan yang tinggi jadinya
ia tidak terkesan sangat dengan limpahan air
di dalam masjid...
pusat penempatan banjir juga di naiki air...sedihnya...

meow-meow kesejukan...

salah satu masjid yang dimasuki air...


Mohon izin dan halalkan foto-foto dikongsi di sini.  Terima kasih.