Saturday, 7 September 2013

lambaian haji...


Penerbangan sulung jemaah haji Malaysia (KT01) akan berangkat ke Madinah  pada  malam  6hb Ogos 2013.

Kepada semua bakal-bakal haji dan hajjah, selamat mengerjakan ibadat haji semoga diberi kesejahteraan kesihatan,  ketenangan jiwa jua keselamatan berterusan untuk melakukan amal ibadah dan menyempurnakan ibadah haji...haji mabrur didoakan in sha Allah...amin.

Selamat berangkat dan selamat kembali seadanya.
 

Bagi saya  pergi  buat  haji  ini  seolah-olah  pergi   berjihad/berjuang.  Saya tidak mampu hendak gambarkan dengan kata-kata bagaimana pengalaman mengerjakan haji sebenarnya, sesuatu yang amat terkesan di jiwa. (tak pasal-pasal tumpah pulak airmata dok ingat memori haji).

Semoga musim haji kali ini tidak terganggu dengan konflik di Syria dan Mesir yang sedang membahang...amin.  Sekiranya hendak sangat berperang sila tangguh sehingga musim haji selesai dan jemaah-jemaah sudah keluar daripada kota mekah dan kota madinah pulang ke negara masing-masing.

Seingat  saya sewaktu buat haji 2003, konflik Amerika dan Iraq sedang kemuncak, namun serang- menyerang dilangsungkan setelah ibadah haji selesai dan kami sudah beberapa hari pulang ke tanah air. 


Memori haji 2003...
Antara memorabilia yang masih tersimpan hingga kini.  Sangat mahal harganya untuk dilupuskan.

 paspot khas haji kaler hijau...buku kesihatan...

 tiket penerbangan Air Asia...Syarikat penerbangan Air Asia diberi
hak untuk menerbangkan jemaah haji musim itu, selain Saudia Air...
saya berada dalam grup KT107, penerbangan ketiga terakhir...

Sementelah  untuk  mengerjakan  ibadah  haji  memerlukan  perbelanjaan besar.  Bagi golongan rendah dan berpendapatan sederhana ia menuntut untuk membuat simpanan yang agak lama juga bagi mencukupi perbelanjaan haji ini.  Tidak cukup dengan itu, kena pula menunggu giliran yang ditetapkan Tabung Haji. Ada dua pakej yang ditawarkan..muasassah dan swasta, harganya pun berbeza. 

 gelang tangan...

 tag nama dan tag maktab penginapan...

Bagi golongan berduit, mungkin tidak menjadi masaalah untuk ke sana berapa kali pun, boleh sahaja pergi melalui pakej swasta di bawah kelolaan Tabung Haji, walaupun sanggup mendahului kuota yang diperuntukkan untuk jemaah lain yang belum sekali pun tunaikan haji.  Tamak haloba sikap sebegini patut  dihindari


bekas masak maggi...mug...beg aksesori 
berus/ubat gigi...ada satu lagi bekas 'tuperware'
(tiada dalam gambar) yang diisi  teh uncang, gula, krimer
juga seutas tasbih(tiada dalam gambar) masih disimpan rapi...

No comments:

Post a Comment