Penerbangan sulung jemaah haji Malaysia (KT01) akan berangkat ke Madinah pada malam 6hb Ogos 2013.
Kepada semua bakal-bakal haji dan hajjah, selamat mengerjakan ibadat
haji semoga diberi kesejahteraan kesihatan, ketenangan jiwa jua
keselamatan berterusan untuk melakukan amal ibadah dan menyempurnakan ibadah haji...haji mabrur didoakan in sha Allah...amin.
Selamat berangkat dan selamat kembali seadanya.
Bagi saya pergi buat haji ini seolah-olah pergi
berjihad/berjuang. Saya tidak mampu hendak gambarkan dengan kata-kata
bagaimana pengalaman mengerjakan haji sebenarnya, sesuatu yang amat
terkesan di jiwa. (tak pasal-pasal tumpah pulak airmata dok ingat
memori haji).
Semoga musim haji kali ini tidak terganggu dengan konflik di Syria dan Mesir yang sedang membahang...amin. Sekiranya hendak sangat berperang sila tangguh sehingga musim haji
selesai dan jemaah-jemaah sudah keluar daripada kota mekah dan kota
madinah pulang ke negara masing-masing.
Seingat saya sewaktu
buat haji 2003, konflik Amerika dan Iraq sedang kemuncak, namun serang-
menyerang dilangsungkan setelah ibadah haji selesai dan kami sudah beberapa hari
pulang ke tanah air.
Memori haji 2003...
Antara memorabilia yang masih tersimpan hingga kini. Sangat mahal harganya untuk dilupuskan.
paspot khas haji kaler hijau...buku kesihatan...
tiket penerbangan Air Asia...Syarikat penerbangan Air Asia diberi
hak untuk menerbangkan jemaah haji musim itu, selain Saudia Air...
saya berada dalam grup KT107, penerbangan ketiga terakhir...
Sementelah
untuk mengerjakan ibadah haji memerlukan perbelanjaan besar. Bagi
golongan rendah dan berpendapatan sederhana ia menuntut untuk membuat
simpanan yang agak lama juga bagi mencukupi perbelanjaan haji ini. Tidak cukup dengan itu, kena pula menunggu giliran yang ditetapkan Tabung Haji. Ada dua pakej yang ditawarkan..muasassah dan swasta, harganya pun berbeza.
gelang tangan...
tag nama dan tag maktab penginapan...
Bagi
golongan berduit, mungkin tidak menjadi masaalah untuk ke sana berapa
kali
pun, boleh sahaja pergi melalui pakej swasta di bawah kelolaan Tabung
Haji, walaupun sanggup mendahului kuota yang diperuntukkan untuk jemaah
lain yang belum sekali pun tunaikan haji. Tamak haloba sikap sebegini patut dihindari
bekas masak maggi...mug...beg aksesori
berus/ubat gigi...ada satu lagi bekas 'tuperware'
(tiada dalam gambar) yang diisi teh uncang, gula, krimer
juga seutas tasbih(tiada dalam gambar) masih disimpan rapi...