Wednesday, 2 January 2013

tak pernah umur ku mencuba...

Berhasil jua kejadian brownies saya.  Sepanjang terjerumus ke lembah masak- memasak, ini adalah kali pertama saya buat kek (kek ke?).  Memang yummy~licious...

Resepi yang ringkas dan sedap... 
rugi kalau tidak berusaha untuk mencuba

Sekarang saya tidak rajin untuk menyelak buku resepi dan tepek resepinya.  Angin 'M' sedang melanda.  Hayati gambarnya,  tidak perlu segan silu.

Jeng..jeng...jeng...

Brownies (resepi: 1mas2ra)

Bahan A ~ dicairkan

150gm mentega
220gm cokat masakan

Bahan B ~ digaul

260gm brown sugar (saya letak 230gm sahaja)
2 biji telur gred A
100gm fresh milk (saya letak low fat milk)
1sk vanilla essence

Bahan C ~ diayak

220gm tepung gandum
50gm serbuk koko
1sk baking powder
1/2sk soda bicarbonate
160gm walnut/almond (optional)

Cara-cara:

Bahan A dicairkan menggunakan kaedah double boil.
Bahan B digaul rata dalam mangkuk.
Bahan C diayak bersama.
Setelah Bahan A sejuk, masukkan bahan B gaul sebati menggunakan whisker.
Masukkan pula bahan C, sebatikan adunan (jangan terlebih gaul).
Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dilapik dengan baking sheet, seelok-eloknya
  acuan berukuran 9x9 atau 10x10.
Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 55 minit atau sehingga brownies masak.

Setelah brownies sejuk siramkan dengan 'chocolate topping' dilorek dengan coklat putih.

Chocolate Topping: 

Coklat masakan
susu cair/whipping cream
mentega

double boil coklat masakan dan susu cair/whipping cream.
apabila sudah cair dan sebati, tutup api. 
masukkan mentega, sebatikan.







 

dua ribu tiga belas ~2013...

Sedar tidak sedar kita sudahpun melangkah ke tahun 2013.

2012 sudah ditinggalkan dengan seribu satu kenangan.  Memori suka dan adakalanya duka beriringan
meniti hari-hari dahulu.

Wah...ada dua orang itu menghantar mesej tahun baharu...memang sah dan nyata ingin memancing undi, hikhikhik.  Puak-puak ini akan muncul sekali dalam empat tahun?  Menyampah aku!
 
Yang benarnya pada malam tahun baharu saya beradu awal sebab malam itu hujan dan memangnya kalau hujan enak tidur.  Saya tersedar sudah pukul 1.00 pagi 2013...mak aiiiii lamanya saya tidur.  Satu hapah program istimewa  tv, saya tidak menonton malam itu.  Tidak rugi apa-apa pun.
 
Kehidupan indah 'semanis kurma'...
beruntung mereka yang menikmati
kelancaran hidup di dunia nan fana ini,
moga-moga daku di 'sana' nikmat itu
berganda-ganda...amin 
 
Moga tahun ini lebih membawa keceriaan kepada hidup saya, masih sihat walafiat...amal ibadat berterusan...limpahan rezeki halal tidak terbatas in sha Allah.  Yang paling utama sisa-sia hidup sendirian perlu diteruskan.  Saya kena kuat serta yakin yang kehidupan ini adalah indah, walaupun sukar...Amin.