Wednesday, 28 February 2018

Letih...

Berurusan di luar dengan cuaca panas lit lit.  Walaupun berkereta, bahang tetap terasa.

Trafik pula tak boleh dijangka.
Kepadatan kenderaan kadangnya berpusu-pusu kadangnya lengang.

Hajatnya nak belok kiri.  Wah jalannya ditutup pula.  Ada majlis rupanya di atas jalan. Besar pentas berserta khemahnya.

Mesti ada orang-orang besar nak datang.  Mungkin sambutan perayaan yang masih disambut.
Tak perasan pula bunting ke poster menyatakan sebarang acara.

Bila bersesak di atas jalan nih tempat yang nak dituju tak jauh mana namun bila ada jalan tidak dibenar masuk maka pusingannya jauh juga.


Gedebak gedebuk urusan selesai terus drive balik.  Sampai rumah letih.  Bila badan letih selera pun terbantut.  Kena rehat sekejap.

Capai tong minuman Performace Shaklee yang tersimpan dalam chiller. Bubuh sesudu dua dalam shaker tambah air sejuk.


Kocok-kocok beberapa kali.  Ohh nikmatnya! Terasa segar bugar selepas minum. Bila badan dah re-charged bolehlah menikmati kuih akok dan jepput butter. Kuih-kuih ini dari air tangan sendiri. Hehe promot jangan tak promot.

Selalunya gitulah.  Bila terasa lesu minuman Performance Shaklee dicari. Bulan puasa minuman ini laku.


Tubuh Letih lesu tak jadi masaalah minuman Performance Shaklee amat membantu.

Cubalah pinang minuman Performance Shaklee.  Nombor dah ada tuh.



#performance
#shaklee

Epal hijau asam boi...

Nyaman.

Satu perkataan sudah cukup menjelaskan sedapnya jus epal hijau asam boi.  Kecur liur ku. Campur dengan ESP Shaklee memang padu rasanya. Pendek kata ketiga-tiga bahan ini saling melengkapi.

Terpulang kepada citarasa tekak. Kalau nak kisar epal dengan ESP sahaja pun ok jer.


ESP Shaklee memang salah satu produk laku keras.  Sentiasa mendapat permintaan tinggi di kalangan konsumer.

Energizing Soy Protein (ESP) shaklee diiktiraf di seluruh dunia.  Mempunyai kajian klinikal yang extensif and komprehensif. Juga memiliki protin yang tinggi yang pernah dihasilkan.


Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee mengandungi"non GMO"(non genetically mordified organism) yang mana ia di proses pada kadar suhu rendah.

Awet muda
Baik untuk hormon
Membantu merendahkan paras kolestrol
Mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
Pembekal tenaga
Baik untuk gastrik

Manfaat utama Energizing Soy Protein(ESP) banyak sebenarnya. Di atas hanya sebahagian sahaja.


Tanpa ragu-ragu jom sama-sama amalkan ESP.  Tak cuba tak tahu.

Sihat dalaman cantik segak luaran.



#esp
#shaklee


Monday, 26 February 2018

Batuk...

Sepetang dok mengemas, menyapu bilik.  

Musim panas habuk, debu kemain bersalut rata di meja kerusi. Di kepala katil memutih. Tak boleh tahan lantas mulut dan hidup dipekup dengan topeng.

Jujurnya takut batuk.  Bila batuk maka lambat nak sembuh.


Bawang putih, air dan madu. Petua untuk hilangkan batuk. Rebus bawang putih dengan air. Mendidih dan pekat bubuh madu dan minum.  Biarkan air rebusan tinggal untuk 2 kali minum sehari.

Bagi yang sentiasa sibuk, takde masa nak masak rebusan bawang putih.  Jangan risau. Ada cara yang sangat ringkas dan berkesan untuk mereda dan menyembuh batuk.

Garlic Complex Shaklee mampu beri keselesaan.  Amalkan supplemen ini nescaya ia berkesan untuk masaalah batuk.


Selain untuk batuk manfaat lain terdapat dalam Garlic Complex Shaklee.  

Antaranya:

Antibiotik selamat & semulajadi
Menghalang alergi
Mempertingkatkan sistem penghadaman
Menurunkan kolestrol
Menstabilkan glukos dalam badan

Amalkan 2 tablet sehari mampu memberi tubuh badan sihat dan cergas.  Hidup senantiasa ceria.


Pinang Garlic Complex Shaklee laju-laju.  




#garliccomplex
#shaklee


Kek Buah Kukus...

Siapa suka makan Kek Buah Kukus?  

Saya mengaku saya suka.  Anda pun, terutama yang otai-otai pasti menggemarinya.


Apatah lagi ia diadun dikukus dengan rasa penuh kasih sayang.

Bahan-bahan dipilih dari yang terbaik. Buah-buahan campuran dibeli berasingan.


Kek Buah ini bukan sahaja menjadi sebutan pada musim perayaan. Malah ia sesuai untuk dijadikan buah tangan untuk sebarang majlis.

Makan santai bersama keluarga samaada di rumah atau dibawa bekalan bila berurusan di dalam dan luar negara. 


Pembuatan teliti Kek Buah Kukus bertahan lama. Makin lama disimpan makin lembab dan kesedapannya lebih terasa.

Aroma wangi buah-buahan meresap ke serata kek. Sepotong dicuba, diambil sepotong lagi. Enak sungguh.

Saturday, 24 February 2018

Kalau jodoh tidak ke mana...

Fuuhhh.

Si tali merah ini lama menghilang.  Tak tahu berapa kali dok kemas kain baju dalam almari tapi tak tersua.

Alih-alih dalam dok santai mencari barang lain ternampak kelibat sang tali merah kesayangan ini.


Alhamdulillah.

Rezeki untuk bersentuhan masih ada.  Jodoh masih kuat.

Yang ini pun nama serupa juga. Cuma nama tok neneknya ada sikit panjang. Omega Guard Shaklee.  Senang jer nak ingat.


Bezanya yang ini bila kita amalkan pengambilan, mampu membuat kita sihat.  In sha Allah.

Yang tali merah tuh untuk gaya mutu dan keunggulan.

Sesiapa yang sudah konsisten amalkan Omega Guard Shaklee maka sudah tahulah keberkesanannya.



Antara kebaikan terdapat dalam suplemen ini:

Mencegah gout
Mencegah lelah/athma
Meningkatkan sistem imun tubuh
Mengawal kolestrol
Mencegah pembekuan darah dalam badan
Mengurangkan sakit kepala
Melindungi jantung

Ternyata banyak kelebihan Omega Guard Shaklee, minyak ikan terbaik dunia.

Tak kenal maka tak cinta.  Bila dah kenal tangkap cintan habis.

Omega Guard Shaklee diperbuat dengan teliti, sistem penyulingan 3 peringkat secara semulajadi dan memberi manfaat asid lemak.

Pada masa yang sama ia mengeluarkan sebatian bahaya yang terdapat dalam ikan seperti merkuri dan plunbum.


Amat disyorkan setiap rumah perlu ada paling kurang sebotol Omega Guard Shaklee untuk keperluan seisi keluarga.

Orang dewasa, ibu hamil/menyusu juga kanak-kanak boleh mengambil minyak ikan ini.

Tanpa ragu-ragu sekiranya ingin memiliki Omega Guard Shaklee sila hubungi nombor telefon tertera di gambar.



#omegaguard
#shaklee



Friday, 23 February 2018

Kerja nikah kahwin...

Cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina tempohari saya meraikan jemputan pernikahan.

Hassan & pasangan


Jemputan dari kalangan sanak saudara dan sahabat handai.

Ida & pasangan


Tahniah. Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan-pasangan mempelai. Diiringi doa semoga berkekalan hingga ke Jannah.  Aamiin.

Izzati & pasangan

Masa-masa beginilah kita dapat berjumpa dengan saudara mara dan kawan-kawan samaada tinggal berdekatan atau di luar kawasan.  Kami sama-sama meraikan hari bersejarah bagi pasangan pengantin sementelah dapat bertanya khabar masing-masing

Kpt Syauqi & pasangan

Bila majlis beransur ke penghujungnya kami ambil kesempatan bersalaman berpelukan mohon maaf di antara satu sama lain. Pertemuan ini mungkin yang akhir.  Tiada siapa tahu.

Etok...

Santai petang.  Hujan baru reda.


Lama sungguh tak makan Etok. Etok nih spesis kerang juga.

Rezeki hari Jumaat.

Satu kelosong rm2 ada 43 biji.

Masih di sini...

Alhamdulillah.

Masih bernafas walaupun usia menginjak senja.

Syukur.

Hari Jumaat nan barokah penghulu segala hari.


Sepurnama tidak mengunjungi. Mahligai indah nan gah ini bersarang berpintal.  Lebah bergayutan melakar umpama melukis.  Seninya di situ.