Pepatah ini sesuai sangat dengan nasib pasukan Real Madrid...sudah lah kalah, jurulatih tersohor dan pemain yang dianggap 'ayam tambatan' dilayang kad merah. Kurang pasti apakah kata-kata yang dihamburkan Jose Mourinho terhadap pengadil sehingga beliau diarah meninggalkan padang. Sikap Christiano Ronaldo yang sangat tidak profesional selayaknya dibuang padang, mungkin beliau sudah tidak tahan lagi dengan asakan-asakan keras pemain Athletico Madrid menyebabkan beliau bersikap sedemikian. Selama ini beliau yang sering melaungkan 'calma...calma...calma' di atas padang namun beliau sendiri yang durhaka kepada perkataan itu. Ironi bukan.
Satu lagi sikap tidak molek pemain RM ini, bila perlawanan tidak berpihak kepada mereka maka akan berlaku pergocohan dengan pasukan lawan terutamanya pasukan dianggap seteru kuat, tapi saya suka jer tengok drama-drama sebegini...hehehe.
Sebenarnya saya sedang bercerita pasal perlawanan akhir Copa Del Rey Real Madrid~Athletico Madrid. Dipendekkan cerita RM kalah 1-2 di gelanggang sendiri. Pengakhiran musim yang teruk untuk salah satu kelab terhebat di dunia. Musim ini RM hanya dapat bermegah dengan piala mikey 'super cup' yang diraih pada awal musim.
Prestasi RM amat mendukacitakan pada musim ini. Terciptanya kemelut-kemelut panas jurulatih dan pemain serta tahap turun naik konsistensi pemain-pemain menyumbang kepada perfomen pasukan RM merundum.
Foto-foto yang dikongsi bercerita suka duka pada perlawanan tersebut.
copa del rey yang menjadi rebutan...
gol Real Madrid tandukan CR7...hasil sepakan
sudut Mesut Ozil...selepas jaringan ini RM
tidur...mereka bangkit pun sebab ada sesi
bergocoh...panasssss!...
gol penyamaan Athletico Madrid jaringan
Diego Costa...
gol penentuan juara ditanduk oleh (lupa nama daa)...
aum...aumm...aummmmmmm...
amboiiii...sempat pula bergesel dahi...
rasain lor...berdarah hidung!
kad merah wehhhhh...
nyah ko dari sini...pergi main jauh-jauh!...
kad merah...kwang...kwang...kwang...
lihat lah dunia...kami juara!...
king's cup jer pon...relax lahhh...
terkangkang...terkoyak...ada aku kesah...
'the biggest choker'...
ko balik rumah nanti jangan lupa mandi bunga...
kalau ada sedikit fokus dan 'luck'...
senang-senang jer ko sumbat tiga gol...
suka tengok stail ko main...elegen dan seksi
tapi tuh lah ko tak pandai 'score' gol...tapikan
karim dan gonzalo lagi hampas...
Perlawanan semalam adalah penyataan prestasi hampas yang dipersembahkan oleh RM sepanjang musim ini. Tidak dinafikan mereka meningkat dari segi prestasi menentang Barcelona dan satu dua pasukan dianggap kuat dalam La Liga. Namun mereka boleh sahaja tewas dengan pasukan-pasukan corot.
Hanya satu copa del rey, satu piala la liga, satu piala super dan tiga kali kecundang di peringkat separuh akhir liga juara-juara, Jose Mourinho gagal.
Sumber foto: dailymail.co.uk
Mohon izin dan halalkan foto dikongsi di sini. Terima kasih.