Tadi pagi dalam dok tekan remote tv, teralih ke sports channel 811..wah! ada friendly game Real Madrid vs AC Milan, siaran langsung dari US rasanya. Apa lagi tengok jer lah, lagipon aku penyokong Real Madrid, hehehe game dorang main dinihari pon aku akan bangun tengok.
1st half Real Madrid banyak kontrol bola dan serang Milan, tapi nak dapat gol pertama susahnya, terkemut-kemut masing-masing. Banyak peluang wasted. Gol Di Maria memang wow! volley dari jarak jauh. Milan hanya dapat satu peluang serang dan terus gol, so 1-1 masa 1st half.
2nd half , ada pertukaran pemain gedebak gedebuk makanya gama RM makin menarik. Empat gol dijaringkan. kesudahannya Real Madrid 5 AC Milan 1.
Bila players berlari turun naik itu, aku dok perhati players Real, jersey no 4 and 9, macam players baru tapi bukan! Jersey no 4 masih Sergio Ramos dan 9 pon masih Karim Benzema. Ada sesuatu yang membezakan penampilan mereka kali ini. Ahhhhh...rambut mereka!
Sergio Ramos kenapa gonjengnya, rambut sudah dicantas pendek. Tahukah wahai Ramos kerana gonjengnya rambut kamu makanya penampilan kamu sudah tidak kelihatan seksi lagi. Rambut kamu yang panjang itu membuatkan kamu kelihatan macho dan seksi...diulangi kamu kelihatan macho dan seksi bila berambut panjang.
Adeh...Karim Benzema sudah tumbuh rambut. Musim lalu beliau ini kepala botak tiba-tiba ada rambut pulak dah. Sila botakkan kepala kamu. Aduhai Karim, kamu nampak ummpphhh bila kepala tiada berambut.
Hahahaha..aku gelak sorang-sorang, macam la mereka berdua baca blog aku dan faham apa yang aku tulis. Harapan saja lah.